Pages

Tuesday 28 June 2011

my sad st0ry :'(

Aku menulis kisah hidupku bukanlah untuk meminta simpati daripada sesiapa tetapi hanya sekadar ingin meluahkan perasaan yang aku pendam selama ini.

30 JUN  ... semua orang gembira meraikan hari koko d sekolah tp bkn aku yang sering diselubungi dgn kesedihan. Tarikh itu memberi kesan yang amat mendalam terhadap diriku. Aku berkata demikian kerana pada tarikh itulah hubunganku dengan si dia berakhir.
Dia seorang lelaki yang simple n baik hati malah dialah seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatiku dan menarik perhatianku setelah aku gagal di alam percintaan. Hariku bertambah ceria dan bermakna dengan kehadirannya. Aku suka akan sikapnya yang romantik bila stiap kali kami jmp n senyuman dy bwt hatiku berasa tenang sekali. Tp lam stiap perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Hatiku sakit apabila setiap kali dia cuba menipu diriku. Bukan sekali dua dia telah menipu diriku tetapi banyak kali.
Aku tahu dia masih berhubung dengan teman lamanya iaitu d0t d0t. Aku tidak kisah jika mereka berhubung hanya sebagai teman biasa sahaja. Tetapi hatiku sakit apabila terlihat mesej mesra mereka. Aku tanyakan hal ini kepada si dia tetapi dia berkeras menafikannya. Aku berasa rendah diri apabila dia sering kali memuji perempuan yang lebih cantik daripada aku. Aku sedar, aku bukanlah seorang perempuan yang cantik tetapi aku bersyukur dengan kurniaanNya. Aku merasa dia tidak memerlukan diriku dan cintaku di dalam hidupnya. Mungkin dia memilihku hanya untuk menghilangkan rasa kesunyiannya.
Pada saat itu aku ingin memutuskan hubungan kami tetapi dia merayu kepadaku supaya jangan meninggalkan dirinya. Aku meneruskan perhubungan kami. Tetapi sekali lagi aku berasa kecewa sangat bila dy lupa tarikh kami c0uple. Mungkin dia lupa segala2nya tentang diriku. Teman lelaki jenis apa yang lupa teman wanitanya sedangkan aku sudah memberitahunya.  Dan selama ini dia tidak pernah mengambil berat pasal diriku. Aku sihat atau sakit dia tidak pernah mengendahkanya. Kali ini aku memaafkannya.
Padahal dahulu dia pernah berjanji bahawa dia tak akan melukakan hatiku lagi setelah aku memberi peluang yang ketiga kepadanya. Tetapi janji itu tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya. Dan akhirnya dia telah memungkiri janjinya kerana dia telahpun menyakiti hatiku. Aku sedih lebih-lebih lagi pada keesokan harinya merupakan birthday ku. Sekarang sukar bagiku lagi untuk mempercayai lelaki setelah tiga kali gagal di dalam percintaan. Bagiku single itu lebih baik daripada hati kita sering disakiti oleh orang yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment

thankyou reader ♥